English Malay
Pueraria mirifica herba

Pueraria mirifica Airy Shaw & Suvatabandhu merupakan herba asli Thailand, dalam bahasa Thai di kenali sebagai Kwao Krua putih atau  sebagai phytoestrogen (hormon estrogen yang berasal dari tumbuh-tumbuhan) oleh ahli-ahli sains.

Pueraria mirifica adalah spesies endemik yang ditemui kebanyakannya di bahagian utara dan barat Thailand. Pueraria mirifica milik Keluarga Leguminosae, subfamili Papilioneae. Tumbuhan herba ini ditanam dari anak pokok yang bersaiz sederhana di kawasan Hutan Hujan Tropika. Ianya berbentuk seperti ubi yang kaya dengan isoflavanon . Bahan yang membuatkan pueraria mirifika ini berbeza dengan fitoestrogen jenis lain adalah ia mempunyai Miroestrol dan Deoxymiroestrol yang mana mempunyai paling tinggi aktiviti estrogenik berbanding dengan fitoestrogen dari jenis herba yang lain. Ianya mempunyai persamaan dengan struktur (hormon semula jadi Manusia)iaitu estradiol. Miroestrol dari Pueraria mirifica adalah kompaun yang pertama yang boleh diasingkan oleh ahli kimia Jerman pada tahun 1940, tetapi ahli saintis telah tersilap melaporkan ia sebagai Butea Superba. Ianya kemudian diklasifikasikan sebagai tumbuhan baru yang bernama Pueraria mirifica Airy Shaw et Suvatabhandu. Pengasingan dan pengenalpastian deoxymiroestrol dari akar Pueraria mirifica telah dilaporkan dalam isu Februari 2000, Journal of Natural Product.

Pueraria mirifica juga mengandungi bahan kimia lain yang tergolong dalam isoflavon dan kumpulan coumestran, fitoestrogen, misalnya,  Daidzin, Genistin, dan Coumestrol yang biasanya dijumpai dalam kacang soya. Walau bagaimanapun, aktiviti estrogenik Miroestrol dan Deoxymiroestrol dalam Pueraria mirifica adalah lebih tinggi daripada isoflavon soya.

Kajian penyelidik dan acadamics menunjukkan bahawa Pueraria mirifica kultivar mengandungi kandungan isoflavon yang sangat tinggi dan menunjukkan kesan antimutagenic tinggi serta bertindak membunuh sel kanser manusia. Kini pakar pemakanan mengesyorkan pengguna untuk mengambil isoflavon tetap bagi tujuan pencegahan kanser.

Bahan kimia miroestrol yang semulajadi dalam Pueraria Mirifika mampu memberi kesan yang baik terhadap tisu dan organ badan seperti seperti uterus, ovari dan kulit.

Para Saintis/Penyelidik mengesahkan bahawa bahan kimia di dalam Pueraria mirifica dapat mencegah kanser payudara, kanser prostat, kanser kolon, osteoporosis dan juga penyakit kardiovaskular. Ianya dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol yang tinggi dan membantu mengurangkan sindrom menopaus.