English Malay
Keistimewaan Solat

1. Semua rukun Islam di fardhukan di bumi, manakala solat di fardhukan di langit ketika Nabi S.A.W mikraj bertemu Tuhan Penciptanya.

2. Solat di tunaikan secara berulang 5 kali sehari oleh semua orang Islam yang telah mempunyai syarat wajib menunaikannya. Solat wajib ditunaikan ketika bermukim dan ketika musafir, ketika sihat dan ketika sakit, ketika kaya dan ketika miskin. Kewajipan menunaikan solat tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Ini bermakna setiap orang tidak boleh menjadi pengganti kepada orang lain untuk menunaikan solat.

3. Solat adalah ibadat badan yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang dan tidak boleh digantikan oleh orang lain.Seseorang tidak boleh menunaikan solat bagi pihak orang lain samada ketika orang itu masih hidup atau telah mati. Ini kerana solat adalah neraca pemisah yang membezakan hamba yang taat dan hamba yang ingkar, yang membezakan antara hamba yang tunduk patuh dan hamba yang lari dari ketaatan.

4. Kewajipan menunaikan solat tidak akan gugur daripada seseorang muslim yang telah cukup syarat taklif selagi mana dia kekal dalam keadaan sebagai seorang mukallaf, ketika perang, ketika aman, ketika sihat dan ketika sakit, ketika bermukim dan ketika bermusafir. Ketika aman di tunaikan dengan sempurna, ketika perang ditunaikan secara qasar. Ketika bermukim, solat ditunaikan secara sempurna dan ketika musafir secara jamak dan qasar. Ketika sakit ia di tunaikan mengikut kemampuan samada duduk, berdiri, berbaring atau menggunakan isyarat.

5. Solat adalah kewajipan pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak. Sekiranya solat di tunaikan dengan baik maka baiklah amalan-amalan lain. Sekiranya solatnya rosak maka akan rosaklah semua amalan yang lain.

 

 

Add comment


Security code
Refresh